Bayi didera ibu, teman lelaki ditidurkan di ICU

Mangsa tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak dan kekurangan oksigen

6:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bayi berusia lapan bulan terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pontian selepas disyaki didera ibu dan teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, perbuatan tersebut terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari hospital terbabit yang membuat pemeriksaan ke atas bayi itu kira-kira jam 9.15 pagi semalam.

Menurutnya, bayi itu ketika ini dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak dan kekurangan oksigen.

“Siasatan awal oleh pegawai perubatan pakar klinikal Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Aminah mendapati punca bayi tersebut tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak dan kekurangan oksigen.

“Mangsa juga mengalami kecederaan di dahi dan lebam di mata. Dia kini dalam keadaan ditidurkan kerana masalah pernafasan.

“Susulan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabitkan kesalahan pelaku boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya,” katanya. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related