Nurul Aishah Farhana ditemukan di Triang, penganggur ditahan bantu siasatan

Lelaki berusia 20-an itu ditahan di kawasan Triang, Pahang, pada jam 12.30 malam tadi, hasil ujian air kencing suspek negatif dadah dan tidak memiliki rekod jenayah lampau

5:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang penganggur bagi membantu siasatan kehilangan seorang remaja berusia 17 tahun, Nurul Aishah Farhana Azni yang hilang sejak Selasa lalu di Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Mohd Asri Mohd Yunus berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di kawasan Triang, Pahang, pada jam 12.30 malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Beliau juga memaklumkan, Nurul turut ditemukan di dalam sebuah rumah milik saudara suspek di Triang, Pahang.

“Nurul (dipercayai) menghadapi masalah keluarga,’’ katanya kepada Scoop.

Menurut Mohd Asri, Nurul telah dibawa ke hospital berdekatan untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

Jelasnya, ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dadah dan dia juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Nurul Aishah Farhana dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Semarak, Batang Kali sejak Selasa lalu.

Mangsa kali terakhir dilihat di sebuah kedai makan Sakon Thai dekat Jalan Mahagoni 7/1A, Bandar Utama Batang Kali, di sini semalam. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related