Keluarga bimbang, wanita hidap kemurungan hilang sejak 3 hari lalu

Salina Abdullah, 50, yang mendapatkan rawatan penyakit kemurungan sejak 20 tahun lalu hilang selepas keluar sendirian dari rumahnya di Ketengah Jaya, Kerteh menaiki Perodua Alza berwarna putih (W7115U)

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita, Salina Abdullah, 50, yang menghidap kemurungan hilang selepas keluar sendirian dari rumahnya di Ketengah Jaya, Kerteh, sejak Isnin lalu.

Bercakap kepada Scoop, anak perempuannya, Maisarah Zailan, 29, berkata, kehilangan ibunya disedari oleh adiknya pada jam 4 petang setelah wanita itu tidak pulang ke rumah.

Menurut Maisarah, ibunya keluar membawa kereta jenis Perodua Alza berwarna putih dengan nombor pendaftaran W7115U.

“Kebiasaannya jika dia mahu ke mana-mana, ibu akan membawa adik saya tetapi ketika itu, adik sedang tidur.

“Kami mencarinya di merata tempat yang biasa dikunjunginya termasuk kedai-kedai dan pantai di mana dia sering duduk apabila merasa tidak sihat, namun gagal menemui sebarang jejak,” katanya.

Jelasnya, Salina telah mendapatkan rawatan untuk penyakit kemurungan tersebut sejak 20 tahun lepas namun disebabkan akhir-akhir ini keadaannya semakin baik maka doktor telah menukar ubat.

“Doktor menukar ubatnya daripada suntikan untuk tiga bulan sekali kepada pil. Cuma kebelakangan ini dia jarang makan pil tersebut menyebabkan kami risau dengan keadaannya,’’ katanya.

Usaha mencari ibunya itu, kata Maisarah, mengalami kesukaran kerana dia tidak membawa telefon bimbit. Mereka sudah berkongsi maklumat kehilangannya dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan turut membuat laporan polis.

“Setakat ini, kami belum mendengar apa-apa daripada mereka, tetapi saya telah menerima banyak mesej daripada orang ramai yang mendakwa ternampak kereta yang dinaikinya,” katanya.

Justeru sesiapa yang mempunyai maklumat tentang wanita berkenaan atau ternampak kereta diminta menghubungi polis atau keluarga di 019-3384241. – 24 Julai 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related