Kertas siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat ini: Ketua Polis Selangor

Menurut Datuk Hussein Omar Khan, pencarian bahan bukti di beberapa lokasi kejadian juga selesai dijalankan pihak polis setakat ini

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pencarian bahan bukti di beberapa lokasi kejadian juga selesai dijalankan pihak polis setakat ini.

“Kertas siasatan dijangka diserahkan sebelum Jumaat ini susulan pencarian bahan bukti telah selesai dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menemui telefon pintar milik mangsa di dalam parti ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Beberapa hari kemudian, kunci kereta serta dompet milik ditemukan ketika polis melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4, Perak.

Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu ditemukan mati di ladang kelapa sawit berkenaan pada 15 Julai lalu.

Susulan itu, polis menahan suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal sehingga 29 Julai ini bagi siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 24 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related