Biden tarik diri bersaing jawatan Presiden AS

Beliau mengumumkan Naib Presidennya, Harris sebagai calon parti Demokrat untuk menentang Trump

8:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, membuat keputusan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden, susulan desakan dalam kalangan ahli dan anggota Parti Demokrat ditandinginya sendiri.

Biden turut membuat keputusan itu kerana merasakan lebih wajar untuk beliau menumpukan kepada tugasnya sebagai presiden yang berbaki beberapa bulan.

WhatsApp Image 2024-07-22 at 8.09.35 AM

Menerusi pengumuman dibuatnya melalui platform X, Biden memaklumkan Naib Presidennya, Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk menentang Donald Trump yang bertanding bagi Parti Republikan.

“Untuk Demokrat, saya memutuskan tidak meneruskan pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan memfokuskan sepenuhnya perhatian saya sebagai Presiden, sehingga penggal pentadbiran saya tamat.

“Memilih Kamala Harris sebagai Naib Presiden Parti Demokrat selepas saya menang pada pemilihan terdahulu adalah keputusan terbaik pernah saya buat, (justeru) saya memberikan sepenuh sokongan dan mengesahkan Kamala akan bersaing untuk jawatan Presiden kali ini.

“Ini adalah masa untuk Demokrat Bersatu dan menewaskan Trump. Mari kita lakukan,” katanya.

WhatsApp Image 2024-07-22 at 8.09.36 AM

Mengulas keputusan Biden itu, Harris berkata, beliau berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan pemimpin terbabit.

“Hasrat saya adalah untuk memenangi pencalonan ini (untuk Demokrat) dan sepanjang tahun lalu, saya mengembara ke seluruh negara, bercakap dengan rakyat AS mengenai pilihan yang jelas dalam pilihan raya ini.

“Itulah yang akan saya terus lakukan dalam hari-hari dan minggu-minggu akan datang. Saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk menyatukan Parti Demokrat dan negara kita bagi mengalahkan Donald Trump serta agenda ekstrem Projek 2025 beliau.

“Kita mempunyai 107 hari sebelum menjelang hari pilihan raya. Bersama-sama, kita akan berjuang. Dan bersama-sama, kita akan menang,” tulis Harris menerusi media sosial.

Sementara itu, CNN yang memetik sumber melaporkan, rancangan Biden untuk menarik diri daripada pilihan raya Presiden diputuskan pada malam Sabtu dan dimuktamadkan pada Ahad.

Biden, 81 dan Trump, 78, antara beberapa nama yang mengumumkan bersaing untuk merebut jawatan Presiden pada pemilihan 2024, namun dua pemimpin berkenaan paling menonjol.

Ketika masih bersaing, matlamat Biden adalah bagi mengekalkan jawatan Presiden yang kini sedang dipegangnya, manakala Trump yang pernah menduduki kerusi orang nombor satu AS itu pada penggal lalu, mahu kembali ke kedudukan berkenaan.

Saingan antara kedua-dua mereka menyaksikan pelbagai ‘insiden’, termasuk Biden didapati positif COVID-19, sehingga terpaksa memendekkan kempennya di Las Vegas dan menjalani kuarantin, sekali gus menimbulkan kebimbangan parti Demokrat mengenai keupayaannya menentang Trump.

Manakala, Trump terbabit dalam serangan terhadapnya apabila beberapa das tembakan kedengaran pada perhimpunan kempen calon Pilihan Raya Presiden Amerika Donald Trump di Pennsylvania pada Sabtu minggu lalu, sehingga telinganya berdarah.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan berlangsung pada 5 November 2024. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related