Kandungan Facebook RTM disalah terjemah oleh sistem Facebook: RTM

Apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di istana Negara semalam, seperti yang ditularkan.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

“Jika pengguna mengaktifkan terjemahan automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul.

“Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook tersebut adalah salah. RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa RTM telah membuat laporan polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Meta berkaitan salah terjemahan oleh sistem Meta itu.

“Meta juga telah mengesahkan bahawa mereka telah membetulkan ‘masalah’ tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam Facebook rasmi beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris.

“Ada orang tuduh RTM buat FB post jelik dalam Bahasa Inggeris. Padahal posting asal dalam BM. Kemudian disebar fitnah, sampai ada yang minta saya “h*ng himself” (bunuh diri sendiri). 

“Jangat buat begini. Berlaku adillah kepada RTM. Jangan fitnah,” katanya dalam catatannya itu. – 21 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related