Siapkanlah tin Milo kumpul duit bayar denda RM100 juta, sindir Akmal kepada Jailani

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga sudah mengeluarkan kenyataan di TikTok meminta Datuk Muhammad Jailani Khamis untuk sediakan RM100 juta

3:46 PM MYT

 

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis supaya menyimpan duit secukupnya bagi membayar denda RM100 juta kepada Umno atas tindakannya ‘melompat’ parti lain.

Beliau berkata, Jailani perlu membayar denda yang merujuk kepada mana-mana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang berhasrat menukar parti atau bertukar haluan daripada menyokong gabungan parti itu termasuk menjadi wakil rakyat Bebas.

“Setiausaha Agung Umno (Datuk Asyraf Wajdi Dusuki) pun sudah keluarkan kenyataan di TikTok minta YB (Yang Berhormat) Jailani untuk sediakan RM100 juta.

“Nasihat saya, siapkanlah tin-tin Milo untuk dikumpulkan (untuk bayar denda RM100 juta),” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Subang bagi tahun 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu menerusi kenyatan di TikTok miliknya, Asyraf Wajdi berkata, kesemua wakil rakyat BN sudah menandatangani akaun bersumpah (SD) yang mana mereka perlu membayar RM100 juta sekiranya membuat pengisytiharan menyertai parti lain.

“Untuk pengetahuan, setiap calon yang mewakili BN sama ada di peringkat Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, semuanya menandatangani satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Perwakilan Calon BN. Untuk ini (Jailani), PRN Melaka yang ke-15 2021.

“Ini tandatangan beliau (Jailani) yang paling jelas sekali. Selain daripada perjanjian ini, adanya akuan bersumpah (SD) setiap calon, tulisan beliau (Jailani) sendiri dan juga tandatangan beliau,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Jailani menyertai parti itu secara rasmi.

Katanya, keahlian Jailani diterima pada 10 Jun tahun lalu dan keputusan digantung keahlian Umno selama enam tahun itu tidak dianggap sebagai lompat parti. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related