5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun: KKM

Sejumlah 13,163 notis kesalahan dikeluarkan daripada 25,924 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004

9:59 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 5,951 kompaun bernilai RM1.47 juta sepanjang Jun lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata sejumlah 13,163 notis kesalahan dikeluarkan daripada 25,924 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata 3,218 kompaun bernilai RM1.6 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

“Sebanyak 606 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 64 kes telah disabitkan kesalahan dengan denda bernilai RM112,280,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 6,824 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas, dengan 189 premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai langkah bagi menjamin kebersihan premis serta makanan dihidangkan,” katanya. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related