KUALA LUMPUR – Gangguan siber dilaporkan berlaku di seluruh dunia dengan memberikan kesan kepada pelbagai perkhidmatan termasuk bank, penerbangan, telekomunikasi, penyiaran dan pasar raya di seluruh dunia.
Ia dilaporkan berkaitan dengan Microsoft Windows, yang berpunca daripada satu isu perisian (software) keselamatan siber syarikat Crowdstrike.
Di Amerika Syarikat, syarikat penerbangan utama seperti American Airlines, Delta Airlines dan United Airlines turut terjejas.
Manakala lapangan terbang di United Kingdom Jerman dan Sepanyol dilaporkan mengalami perkara sama.
Sementara penumpang di lapangan terbang tidak dapat menggunakan aplikasi atau imbasan tiket mereka menerusi dalam talian, dan terpaksa ke kaunter tiket.
Di Malaysia, antara yang terkesan ialah KLIA Ekspres di mana tiket tidak dapat dibeli menerusi aplikasi, laman web atau dompet digital ketika ini.
“Diminta ke kaunter untuk membelikan tiket,’’ katanya menerusi aplikasi X.
PAYMENT SYSTEM UPDATE, 19 July 2024: Due to a technical glitch, tickets cannot be purchased via our app, website, or digital wallets at this time. Please proceed to the counter to buy your tickets.
— KLIA Ekspres (@KLIAekspres) July 19, 2024
Sementara AirAsia pula memberitahu, sistem tempahan dan daftar masuknya mengalami gangguan dan berdepan dengan giliran yang lebih panjang.
“Anda mungkin mengalami pendaftaran masuk yang perlahan dan barisan menunggu yang panjang dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk menangani situasi ini. Kami menghargai kesabaran anda,’’ katanya. – 19 Julai, 2024
🚨IMPORTANT NOTICE: Our core reservation and check-in system are impacted by Microsoft's cloud services outage affecting airlines worldwide. You may experience slower check-ins and longer queues and we are doing our best to address this situation. We appreciate your patience and…
— AirAsia (@airasia) July 19, 2024
BERITA LANJUT MENYUSUL