Jenazah Nur Farah Kartini tak boleh dituntut hari ini, perlu tunggu keputusan DNA ahli keluarga

Polis perlu mengambil sampel ahli keluarga mangsa kerana masalah ketika proses pengecaman mayat

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tidak boleh dituntut hari ini kerana masih perlu menunggu keputusan sampel DNA (asid deoksiribonukleik) yang diambil daripada ahli keluarganya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses keputusan sampel itu yang dikendalikan Jabatan Kimia berkemungkinan akan mengambil masa beberapa hari lagi.

Menurutnya, polis perlu mengambil sampel ahli keluarga mangsa kerana masalah ketika proses pengecaman mayat.

“Memandangkan kita ada masalah pengecaman melalui visual, jadi kita ambil sampel DNA daripada ibu dan adik-beradik mangsa untuk buat pengecaman sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga.

“Ini bergantung kepada keputusan DNA yang dijalankan Jabatan Kimia dan saya rasa (jenazah) tidak boleh (dituntut) hari ini.

“… mungkin mengambil masa beberapa hari lagi dan kita akan minta Jabatan Kimia untuk percepatkan (mendapatkan keputusan sampel DNA),” katanya pada sidang media di lokasi penemuan mayat Farah di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, hari ini.

Abang mangsa, Mohammad Farizza Azmi (kiri) ketika menjawab pertanyaan media hari ini. – Gambar Bernama, 17 Julai, 2024

Abang mangsa, Mohammad Farizza Azmi, 28, turut mengesahkan perkara itu kepada Scoop ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, dia dan ibunya sudah memberikan sampel DNA kepada pihak polis pagi tadi bagi prosedur berkenaan dan selepas semua proses selesai, jenazah Farah akan dikebumikan di kampung isterinya di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Hussein juga memaklumkan berdasarkan siasatan, pihak polis percaya kes pembunuhan tersebut dilakukan suspek secara berseorangan.

“Setakat ini kita percaya dia seorang (melakukan pembunuhan),” katanya ringkas.

Kelmarin, polis menemui mayat Farah sebuah ladang sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang.

Susulan itu, seorang lelaki yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek, yang berpangkat lans koperal direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related