Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan selewatnya 11 November

Jika gagal berbuat demikian, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiap Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan, tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata, sekiranya ada Ahli Parlimen yang gagal mematuhi arahan itu, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen.

Katanya, surat mengenai arahan mewajibkan pemeriksaan kesihatan itu sudah diedarkan kepada semua Ahli Parlimen, sama ada kerajaan atau pembangkang, justeru tiada pengecualian untuk mereka.

“Tanpa pengecualian…surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu sudah diedarkan kepada Yang Berhormat.

“Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan Klinik Kesihatan Parlimen atau di fasiliti swasta.

“Pemeriksaan kesihatan ini adalah wajib dijalani oleh semua Yang Berhormat,” katanya.

Johari berkata demikian sebelum bermulanya sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan itu pernah dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun sebelumnya.

Pemeriksaan itu, katanya, sangat membantu mengesan tahap kesihatan semasa Ahli Parlimen, selain membolehkan langkah pencegahan segera diambil.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan supaya anggota dewan rakyat yang gagal mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan, dilarang bertanding pada pilihan raya.

Justeru, Johari bersetuju dengan cadangan terbabit dan memaklumkan beliau akan mengusulkan perkara berkenaan kepada kepimpinan tinggi parti.

“Ya. Insya-Allah. Saya akan pastikan itu, dimaklumkan pada Presiden parti,” katanya.

Terdahulu, berlaku beberapa kes membabitkan Ahli Parlimen mengalami masalah kesihatan ketika sidang Dewan Rakyat.

Dalam kes terbaharu pada 10 Julai lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengalami sesak nafas semasa menjawab soalan lisan dan dilihat tidak selesa dan memohon sedikit masa untuk bertenang, sehingga Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yieng meminta Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah mengambil alih sesi berkenaan sementara.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni memaklumkan, situasi dialami Anthony itu tidak mempunyai kaitan dengan serangan jantung atau masalah kesihatan lain.

Sebaliknya, beliau berkata, ia disebabkan masalah kecergasan kerana sebelumnya, Anthony dalam keadaan tergesa-gesa akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan perlu menjawab soalan lisan sebaik sahaja tiba di Parlimen. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related