PAC beri tempoh 3 bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan

Tempoh lebih panjang diberikan kerana laporan audit berkaitan baru dibentangkan minggu lepas

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.

“Sebab kita baru bentangkan pada minggu lepas, jadi kita kena tunggu selama tiga bulan dan kita akan panggil mereka untuk membuat laporan tindakan susulan terhadap syor yang telah dikemukakan oleh pihak PAC,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, PAC mendedahkan bahawa HRD Corp telah menggunakan sejumlah RM3.77 bilion levi yang dikutip daripada majikan untuk program pembangunan latihan bagi membuat beberapa pelaburan berbeza.

PAC mendapati levi yang dikutip oleh perbadanan itu menunjukkan peningkatan ketara daripada RM475 juta pada 2020 kepada RM2.134 bilion pada 2023.

Berkenaan Laporan Tindakan Susulan bagi syor laporan PAC berhubung pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah, Mas Ermieyati berkata, PAC berpandangan masih terdapat banyak ruang penambahbaikan bagi mencapai inisiatif sifar bangunan sekolah daif.

“Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kerja Raya perlu lebih proaktif mempercepat tindakan berhubung projek pembangunan atau kerja-kerja ubah suai, naik taraf bangunan daif di samping mempergiat proses verifikasi bagi data yang telah dikunci masuk dalam EMIS (Sistem Pengurusan Sekolah).

“PAC turut mencadangkan kepada KPM untuk melihat kepada kerja-kerja pencegahan bagi menangani isu bangunan daif di sekolah, mengambil kira kewangan dan peruntukan sedia ada,” katanya. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related