Kes bunuh Farah: Keluarga minta mana-mana pihak tidak buat spekulasi

Kali terakhir Farah bertemu keluarganya di Miri, Sarawak pada Aidilfitri, April lalu

3:46 PM MYT

 

SUNGAI BULOH – Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah, 25, meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Kakak ipar mangsa, Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, memohon keluarga mereka diberi ruang privasi sehingga siasatan bedah siasat selesai dijalankan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.

“Saya mohon tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang mengganggu perasaan kami sebagai keluarga dan saya mohon pihak wartawan beri kami ruang untuk proses bedah siasat dan pengurusan jenazah.

“Kami serahkan siasatan kes sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.

Sementara itu abang mangsa, Mohammad Farizza Azmi Abdullah, 28, menyifatkan arwah adiknya itu seorang yang ceria dan tidak pernah mencetuskan apa-apa masalah.

Malah katanya, anak bongsu daripada tujuh adik-beradik itu juga merupakan pelajar pintar yang menjadi harapan keluarga.

Kali terakhir Farah bertemu keluarganya di Miri, Sarawak pada Aidilfitri, April lalu.

Farah dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi pada 10 Julai lalu.

Kali terakhir dilihat, Farah yang berasal dari Miri, Sarawak itu memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

Kehilangannya mencetuskan kebimbangan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, apatah lagi Farah disifatkan seorang pekerja yang komited dan tidak pernah mencetuskan apa-apa masalah sepanjang bekerja di syarikat perkhidmatan kereta sewa itu.

Semalam, mayat mangsa ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun, yang juga penjawat awam.

Suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu disahkan seorang anggota polis.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berusia 26 tahun itu adalah anggota berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related