KUALA LUMPUR – Pemandu lori, B Sathiskumar, 44, mengaku bersalah mengeluarkan komen lucah terhadap pempengaruh, Rajeswary Appahu, 30, atau lebih dikenali sebagai Esha di platform TikTok.
Pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Tertuduh didakwa dengan sengaja membuat kata-kata jelik dengan niat mencederakan orang lain menerusi akaun TikTok miliknya, Dulal Brothers 360 pada jam 10.12 malam di Sentul, 30 Jun lalu.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman.
📽📽 One of the suspects allegedly involved in cyberbullying the late influencer Rajeswary Appahu, known as Esha arrives at the KL court complex at 9.55am today.
— Scoop (@Scoopdotmy) July 16, 2024
Rajeswary was found dead in her Setapak home on July 5. A month prior, she had lodged a police report detailing the… pic.twitter.com/FMLrU8HWrw
“Kes ini menarik perhatian orang awam dengan kejadian yang berlaku rentetan daripada tindakan OKT (Orang Kena Tuduh) yang membuat tindakan melalui TikTok atau media massa yang membolehkan ramai orang menonton dan mendengar perkataan lucah yang tidak dapat digambarkan perkataannya yang begitu tragis sehingga menyebabkan mangsa terkesan dengan tindakan itu.
“Mangsa tidak mampu mempertahankan diri dengan menafikan berita atau kandungan yang tidak benar dengan penggunaan perkataan lucah oleh OKT yang turut sama ditonton oleh orang awam termasuk kanak-kanak.
“Berikutan kejadian buli siber ini, ia memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan mental mangsa, tekanan emosi yang teruk termasuk kemurungan serta sentiasa berada dalam resah dan cemas, hilang keyakinan diri dan tekanan emosi,” katanya.

Sementara itu, untuk pertuduhan kedua, Sathiskumar tidak mengaku bersalah membuat hantaran kata-kata lucah dan kesat bertujuan mengaib dan menganggu kesantunan ibu Esha, R. Puspa, 56.
Sathiskumar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan berikutan perlu menanggung isteri orang kurang upaya (OKU) dan tiga anak.
“Saya mempunyai tiga anak berusia 18, 20, dan 21 tahun, yang dua daripadanya masih belajar,” katanya.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM36,000 bagi kedua-dua kesalahan tersebut.
Dia juga perlu menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan.
Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan 16 Ogos ini bagi sebutan semula kes berikutan tertuduh memaklumkan kepada mahkamah dia memerlukan peguam bagi prosiding seterusnya.
Dalam pada itu, pembantu rumah jagaan orang tua, Shalini Periasamy, 35, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Esha.
Majistret Arunjothy M Selvaraju mengenakan denda RM100 terhadap Shalini.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafiezah Mohamed Fauzi, Shalini didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 1 Julai lalu di Sentul.

Terdahulu, Scoop melaporkan melaporkan Esha ditemui meninggal dunia di kondominium di Setapak 5 Julai lalu, sehari selepas membuat satu laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung buli siber dihadapinya.
Susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun dan seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan secara berasingan pada 8 dan 10 Julai lalu.
Siasatan polis mendapati dua hantaran di akaun TikTok Dulal Brothers dan Alphaquinnsha mengandungi ugutan serta ancaman terhadap pempengaruh terbabit yang menggunakan kata-kata kesat serta lucah.
📹📹📹
— Scoop (@Scoopdotmy) July 16, 2024
Shalini Periasamy fined RM100 for uttering insults intended to provoke Esha. pic.twitter.com/VqYqY43oSi
Pada 12 Julai, Puspa membuat laporan polis berkaitan buli siber membabitkan anak perempuannya itu.
Puspa menamakan beberapa individu, termasuk pendakwah kontroversi Zamri Vinoth dan pegawai polis wanita, Sheila Sharon Steven Kumar dalam laporannya.
Pada Ahad lalu, Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, identiti tiga individu yang dinamakan dalam laporan Puspa telah dikenalpasti dan pihaknya sedang dalam proses merekodkan keterangan mereka. – 16 Julai, 2024