Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini: MoF

Memandangkan tawaran tersebut adalah satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90% pemegang saham sedia ada MAHB, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Kementerian itu juga berkata, memandangkan tawaran tersebut adalah satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan ini dan memastikan apa jua keputusan yang dicapai nanti perlulah dibuat berpandukan kepada undang-undang dan peraturan semasa berkuat kuasa,” kata kementerian dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen semalam.

Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta kementerian itu menyatakan perincian berhubung penjualan saham MAHB kepada syarikat asing termasuk implikasi kewangan serta tawaran sukarela prasyarat oleh Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang saham yang terlibat.

Tawaran pengambilalihan MAHB merupakan satu urusan transaksi komersial yang dikemukakan oleh sebuah konsortium yang diterajui oleh dua pemegang saham sedia ada MAHB ketika ini iaitu Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seandainya tawaran tersebut diterima dan dipersetujui oleh pemegang saham MAHB yang lain, Khazanah akan memiliki 40% saham dalam MAHB dan KWSP memperoleh 30% pemilikan, manakala Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP) akan memegang 30 saham lagi. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related