Ketua pasukan Malaysia kes Pulau Sipadan dan Ligitan Abdul Kadir meninggal dunia

Sebagai wakil Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), beliau mengetuai pasukan undang-undang yang memenangi kes untuk Malaysia di Mahkamah Dunia pada 2002

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (KLN) Tan Sri Abdul Kadir Mohamad meninggal dunia akibat sakit tua hari ini. 

Ahli keluarga Allahyarham semasa dihubungi Bernama berkata Abdul Kadir, 81, menghembuskan nafas terakhir sekitar 7 pagi di kediamannya di Cyberjaya, Selangor.  

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Putrajaya selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Pusara Negara Presint 20, Putrajaya. 

Mengikut laman web Kementerian Luar Negeri, Abdul Kadir pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia dari tahun 1996 sehingga beliau bersara pada 2001.

Beliau pada mulanya menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia pada tahun 1968 dan telah memegang pelbagai jawatan dalam Kementerian Luar Negeri di Kuala Lumpur dan Misi Diplomatik Malaysia di New York, Saigon, Brussels, Washington dan Islamabad.

Selepas bersara, beliau dilantik semula sebagai Duta Besar Berkuasa Penuh di KLN dan mempunyai tanggungjawab khas sebagai ketua kepada pasukan Malaysia yang menyediakan kes Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan dalam pertikaian dengan Indonesia.

Sebagai wakil Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), beliau mengetuai pasukan undang-undang yang memenangi kes untuk Malaysia di Mahkamah Dunia pada 2002.

Beliau juga telah dilantik sebagai Penasihat Hal-ehwal Luar Negeri kepada Perdana Menteri Malaysia semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Pada 2007, Abdul Kadir juga merupakan wakil Malaysia di ICJ untuk pertikaian dengan Singapura berhubung kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related