8 warga asing ditahan bantu siasatan kes kematian di Pulau Meranti

Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

12:38 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Polis menahan lapan lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes kematian melibatkan seorang pekerja kilang warga asing berusia 30 tahun di Pulau Meranti, Puchong, Selangor pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua individu itu ditahan di kediaman mereka di Pulau Meranti dan Kampung Baru, Sungai Buluh, Selangor, pada kira-kira 11 malam, hari yang sama.

Beliau berkata pihaknya turut menemukan sebatang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam kawasan pagar kilang berhadapan kabin tempat tinggal mangsa.

“Pada Jumaat, lebih kurang pukul 9.40 pagi, pihak polis (daerah Sepang) telah menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Cyberjaya yang memaklumkan bahawa seorang lelaki bukan warganegara telah dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata susulan tangkapan, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Beliau berkata kes masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak tepat sehingga mengganggu proses siasatan atau menimbulkan kegusaran awam. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related