Tular surat dakwa Peja mahu cabar jawatan Presiden?

Surat itu didakwa wujud selepas kononnya beliau kecewa dengan perubahan jawatan Timbalan Presiden Bersatu dipegangnya kini

10:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu surat yang mendakwa kononnya Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mencabar jawatan Presiden pada pemilihan parti itu, dikongsikan pengguna platform X malam tadi.

Perkongsian itu timbul selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ahmad Faizal atau Peja akan berundur sebagai Timbalan Presiden Bersatu bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin memegang jawatan berkenaan.

Menerusi surat terbabit, tindakan Ahmad Faizal itu didakwa berpunca daripada ‘perasaan kecewa’ berhubung perubahan jawatan Timbalan Presiden Bersatu dipegangnya.

Beliau memegang jawatan itu sejak Ogos 2020 selepas menang tanpa bertanding.

Dakwa surat itu, keputusan mengenai perubahan jawatan terbabit umpama menamatkan demokrasi dalam parti.

“Pengumuman Tan Sri Mahyuddin Yassin mengenai perubahan jawatan Timbalan Presiden Bersatu adalah dirujuk.

“Tindakan Tan Sri Mahyuddin Yassin ibarat cubaan mematikan demokrasi di dalam Bersatu dan ini memberi implikasi negatif secara khasnya terhadap parti dan Perikatan Nasional (PN) amnya,” menurut surat itu.

Dakwa surat itu, keputusan mengenai perubahan jawatan terbabit umpama menamatkan demokrasi dalam parti – Gambar media sosial, 14 Julai, 2024

Pada masa sama, surat itu mendakwa, bekas Menteri Besar Perak terbabit menyatakan sebarang pertandingan pada pemilihan parti wajar disokong, bagi membolehkan perwakilan membuat pilihan demi kepentingan Bersatu sebagai parti dipilih rakyat.

“Dengan ini saya mengumumkan akan mencabar jawatan Presiden Bersatu di pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Usaha Scoop mendapatkan maklum balas dan pengesahan daripada Ahmad Faizal berhubung surat itu belum dijawab beliau.

Bagaimanapun, rata-rata netizen percaya surat itu palsu kerana seperti dimaklumkan Muhyiddin dalam pengumuman terbabit, keputusan berkenaan adalah hasil perbincangan secara berdepan dan kesepakatan antara Ahmad Faizal dengan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Jika diperhatikan, surat itu sememangnya ‘pelik’ kerana memiliki beberapa kesalahan ejaan, seperti nama Muhyiddin ditulis Mayuddin, Tan Seri walaupun perkataan tepatnya adalah Tan Sri serta frasa ‘di’ yang salah.

Surat itu juga tiada tarikh yang sepatutnya tertera dalam surat rasmi, malah tidak dikongsikan di media social Ahmad Faizal.

Muhyiddin pada sidang media selepas selepas majlis penutupan Konvensyen Bersatu di Selayang semalam mengumumkan, Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatan berkenaan bagi memberikan laluan kepada Hamzah pada pemilihan parti berkenaan yang dijadual Oktober depan.

Hamzah ketika ini memegang jawatan Setiausaha Agung Bersatu. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related