Nur Farah Kartini pekerja komited, tak pernah timbulkan masalah: wakil syarikat

Selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, penyewa memaklumkan Nur Farah beredar dengan sebuah kereta berwarna merah tetapi model dan nombor pendaftaran kenderaan itu tidak dapat dipastikan kerana hujan

7:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wanita yang dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak sejak Rabu lalu, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, adalah seorang pekerja yang komited dan tidak pernah mencetuskan apa-apa masalah sepanjang bekerja di syarikat perkhidmatan kereta sewa itu.

Wakil pengurusan syarikat itu yang enggan dinamakan ketika dihubungi Scoop berkata, kali terakhir dia menghubungi Farah adalah Rabu lalu, iaitu pada hari kehilangannya.

“Farah adalah seorang staf yang sangat komited dengan kerjanya dan tidak pernah mencetus apa-apa masalah sepanjang hampir setahun bekerja. Kami menghubungi Farah namun tiada jawapan dan pesanan WhatsApp juga tidak dibaca dan dibalas sehingga sekarang.

“Selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di taman itu pada pagi Rabu, saya difahamkan oleh penyewa berkenaan, Farah beredar dengan menaiki sebuah kereta berwarna merah tetapi model dan nombor pendaftaran kenderaan itu tidak dapat dipastikan kerana hujan pada pagi tersebut.

“Komunikasi terakhirnya dengan wakil pengurusan syarikat adalah pada jam 8.14 pagi dan selepas itu dia tidak dapat dihubungi lagi sehingga sekarang. Urusan peribadi (pekerja) di luar waktu bekerja, kami memang tidak pernah ambil tahu,” katanya.

Scoop sebelum ini melaporkan, Farah yang juga bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi pada 10 Julai lalu.

Kali terakhir dilihat, Farah yang berasal dari Sarawak itu memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

Sementara itu, abang kepada Farah iaitu Mohammad Fariza Abdullah ketika dihubungi Scoop berkata, mereka sekeluarga kini menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan menunggu sebarang perkembangan terbaru mengenai keberadaan adiknya itu.

Mohammad Fariza yang menetap di Kuala Lumpur, datang ke Tanjung Malim bersama isterinya sejak semalam bagi membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Malim bersama-sama pihak pengurusan tempat adiknya bekerja.

“Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan terbaharu dan pihak polis akan maklumkan kepada ahli keluarga sekiranya ada apa-apa update.

“Saya tidak boleh beri komen lanjut dan serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan,” katanya. – 13 Julai,2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

Related