Balu Taib Mahmud buat laporan polis dihalang masuki kediaman di Demak Jaya

Toh Puan Raghad Kurdi mendakwa pengawal yang pada mulanya tidak membenarkan dia masuk ke rumah bagaimanapun menukar fikiran atas dasar simpati tetapi telah dipecat daripada pekerjaannya

7:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Balu kepada bekas Yang Dipertua Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan masuk ke kediamannya di Demak Jaya, Kuching oleh pengawal keselamatan.

Raghad berkata, insiden berlaku ketika dia pulang ke Kuching untuk mengadakan kenduri buat arwah suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud dan menziarahi pusaranya.

“Selepas Majlis Tautan Kasih Tun Taib di Satok, saya memandu pulang ke rumah tetapi saya tidak dibenarkan masuk ke rumah saya sendiri!

“Kami ditolak di pintu pagar dan pengawal memberitahu saya mereka tidak mendapat kebenaran untuk membenarkan saya masuk,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, hari ini.

Bagaimanapun, Raghad berkata, pengawal terbabit kemudiannya membenarkan masuk tetapi dipecat atas tindakannya itu.

“Pengawal itu membayar harga yang mahal kerana membenarkan saya masuk. Dia dipecat daripada pekerjaannya. Semoga Allah merahmatinya kerana memiliki hati yang baik dan penuh empati,” katanya.

Lebih mengejutkan, Raghad mendakwa keadaan pusara suaminya dalam keadaan teruk seolah-olah tidak diziarahi sesiapa selepas hari pengebumiannya.

“Saya melihat kuburnya kelihatan kering. Ia dalam keadaan teruk. Sungguh memalukan dan menyedihkan.

“Saya rasa saya tidak dibenarkan menyimpan seorang pun kakitangan untuk menjaga kubur itu,” katanya.

Ketik melawat pusara suaminya, Raghad Kurdi mendakwa keadaannya teruk seolah-olah tidak diziarahi sesiapa selepas hari pengebumiannya. – Gambar Instagram, 12 Julai 2024

Pada masa sama, Raghad menzahirkan kekecewaannya dengan berkata, dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa mengenai hubungannya dengan Abdul Taib.

“Dia suami saya… tetapi saya perlu merekodkan perbuatan memalukan ini terhadap saya dan menuntut keadilan.

“Saya tahu saya tidak pernah berkongsi cerita saya sebelum ini, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk berbuat demikian,” katanya.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada 21 Februari lalu. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related