Elak penipuan, kegiatan kutip derma di Perak perlu kebenaran MAIPk: Mimbar

Mimbar turut mengingatkan orang ramai mengenai penipuan dalam tawaran pakej ibadah haji dan umrah, badal haji dan umrah, penipuan kutipan derma, sedekah serta wakaf

6:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua kegiatan memungut derma di Perak perlu mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertujuan mengelak, mengawal dan melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan, kata Mimbar.

Menerusi teks khutbah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertajuk ‘Waspada Penipuan Pengurusan Ibadah’, mimbar berkata, ia susulan pelbagai kaedah penipuan yang semakin banyak berlaku dan turut melibatkan perkara-perkara berkaitan ibadah.

Penipuan itu, jelasnya, termasuk penyelewengan dana kutipan derma dan sumbangan orang ramai yang berlaku akibat sikap pemurah umat Islam yang telah membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil harta orang secara batil.

Malah, kata teks khutbah itu terdapat sumbangan yang diperkenalkan menggunakan nama badan amal, program kebajikan, rumah anak yatim, pembinaan masjid dan surau yang tidak diketahui tentang kesahihannya.

Mimbar mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan dalam tawaran pakej ibadah haji dan umrah, badal haji dan umrah, penipuan kutipan derma, sedekah serta wakaf. – Gambar MAIPk, 12 Julai, 2024

“Mutakhir ini berlaku urus niaga berunsur penipuan atau dikenali dengan istilah scammer, yang turut melibatkan syarikat-syarikat yang mengendalikan urusan ibadah.

“Ummah dinasihati sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa, diperdaya atau terperangkap dengan jerat penipuan yang bertopengkan ibadah atau kerja-kerja amal dan kebajikan,’’ kata teks.

Mimbar turut mengingatkan orang ramai mengenai penipuan dalam tawaran pakej ibadah haji dan umrah, badal haji dan umrah, penipuan kutipan derma, sedekah serta wakaf.

Penipuan itu, katanya, turut mempromosi tokoh terkenal Islam yang berpengaruh, secara salah tanpa pengetahuan dan izin mereka sebagai muslihat untuk meraih perhatian orang ramai untuk tujuan mengumpul dana dan kemudiannya menguruskannya secara tidak telus.

“Perbuatan itu merupakan perbuatan tidak bermoral dan sangat berdosa,’’ katanya. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related