Keropok beracun: Keluarga boleh saman tapi peluang menang tipis, kata peguam

Agak sukar untuk mensabitkan pekebun berkenaan dengan kesalahan jenayah kerana dia meletakkan keropok tersebut di kebun persendirian miliknya bertujuan menghalang binatang buas daripada menganggu tanaman

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keluarga dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat termakan keropok mengandungi racun tikus boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur kecuaian daripada pemilik kebun tersebut.

Bagaimanapun, kata peguam Fahmi Abd Moin, peluang untuk menang kes itu mungkin tipis kerana mahkamah akan mengkaji pelbagai aspek termasuk langkah pencegahan yang diambil oleh pekebun itu sebelum menggantung keropok itu tempat tinggi dan diikat dengan rapi serta kemas.

Jelasnya, sesiapa sahaja boleh mengambil tindakan saman tetapi menang atau tidak, itu adalah perkara lain.

“Keluarga itu boleh ambil tindakan saman sivil tetapi mahkamah juga akan mengambil kira pihak pekebun itu sendiri, mungkin ada bukti dia sudah mengambil segala langkah untuk mengelak kejadian terbabit berlaku.

“Perkara ini adalah kemalangan dan bukan niat pekebun itu untuk memberi manusia makan (keropok). Ia diletakkan di situ bagi mengelakkan binatang buas daripada masuk dan kacau tanaman dia.

“Jadi kita kena tengok kecuaian ini daripada pihak mana, adakah pekebun atau keluarga kanak-kanak berkenaan,’’ katanya kepada Scoop.

Peguam Fahmi Abd Moin berkata, mahkamah akan mengkaji pelbagai aspek, namun melihat kepada tragedi di Kulim, Kedah itu ia adalah satu kemalangan dan pekebun tiada niat untuk memberi keropok yang diletak racun tikus tersebut kepada manusia. – Azim Rahman/Scoop, 14 Julai, 2024

Terdahulu, dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua serta tiga tahun, maut selepas termakan makanan ringan yang didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah pada Ahad lalu.

Berikutan itu, seorang lelaki yang juga pemilik kebun berusia 33 tahun, direman enam hari bagi membantu siasatan kes itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak serta Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Sementara itu, peguam Haniff Khatri Abdulla pula berkata, agak sukar untuk mensabitkan pekebun berkenaan dengan kesalahan jenayah kerana dia meletakkan keropok tersebut di kebun persendirian miliknya bertujuan menghalang binatang buas daripada mengganggu tanamannya.

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, agak sukar untuk mensabitkan pekebun berkenaan dengan kesalahan jenayah kerana dia meletakkan keropok tersebut di kebun persendirian miliknya bertujuan menghalang binatang buas daripada menganggu tanamannya. – Azim Rahman/Scoop, 14 Julai, 2024

Jelasnya, sesuatu itu dikatakan jenayah apabila seseorang itu mempunyai niat jahat untuk melakukan sesuatu dengan niat menyebabkan kecederaan, kesusahan dan masalah kepada mana-mana pihak.

“Namun jika kita buat sesuatu seperti menggantung keropok (yang mengandungi racun) kerana hendak menghalau monyet, kita tak perlu fikir apa kesan kepada manusia sekiranya amaran sudah diberikan dan langkah pencegahan sudah diambil iaitu memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai keropok dicampur racun selain kebun itu adalah tanah persendirian miliknya,’’ katanya. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related