Speaker Selangor kekalkan kerusi DUN Selat Klang

Menurut Lau Weng San, pemberhentian keahlian Datuk Abdul Rashid Asari daripada Bersatu didapati sebagai satu pemecatan terancang

7:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San, memutuskan kerusi DUN Selat Klang tidak perlu dikosongkan.

Menurutnya, pemberhentian keahlian Datuk Abdul Rashid Asari daripada Bersatu didapati sebagai satu pemecatan terancang di bawah operasi Perkara 65A(2)(c) Perlembagaan Negeri Selangor.

“Notis dan bukti dari Yang Berhormat Hulu Kelang (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan untuk membuktikan yang sebaliknya.

“Terdapat satu ungkapan Rule of Equity yang berbunyi ‘those who seek equity must come with clean hand and do equity’.

“Ia selamat untuk disimpulkan atas skala pertimbangan kebarangkalian atau balance of probability, tiada bukti yang mencukupi untuk mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka.

“Dengan ini saya mengisytiharkan kerusi Selat Klang tidak dikosongkan,” katanya pada Sidang DUN Selangor hari ini.

Pada 21 Jun lalu, Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang Selangor menyerahkan notis bertulis berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang kepada Weng San, berdasarkan Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Azmin yang juga Adun Hulu Klang berkata, beliau memaklumkan kepada Weng San bahawa Abdul Rashid tidak lagi menjadi ahli Bersatu.

Abdul Rashid merupakan antara tujuh wakil rakyat Bersatu yang dipecat selepas menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam yang lain adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Keenam-enam Ahli Parlimen Bersatu itu juga kekal sebagai wakil rakyat selepas dimaklumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat kepada presiden parti berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related