Harga Musang King, Black Thorn dijangka naik apabila durian dieksport ke China September ini

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harga durian gred premium seperti Musang King, D101, D24, Black Thorn dan Udang Merah dijangka meningkat antara RM5 ke RM10, ekoran durian segar akan dieksport ke China pada September depan.

Tinjauan Scoop di ibu kota mendapati, kebanyakan peniaga memberitahu pengeksportan durian itu akan memberikan kesan terhadap harga durian di pasaran tempatan kerana jumlah durian gred premium akan berkurangan.

11072024 - Tinjauan harga durian. FAIZ
Seorang peniaga durian di ibu kota, Wai berkata, durian gred premium menjadi pilihan untuk dihantar ke China kerana lebih sedap dan tahan lama. – Faiz Mohamed/Scoop, 12 Julai, 2024

Salah seorang penjual durian di ibu kota yang dikenali sebagai Wai, China tidak akan menerima durian segar gred bawahan kerana ia tidak tahan lama dan kurang sedap justeru lebih banyak gred premium terpaksa dihantar ke sana.

“Ini akan menyebabkan durian gred premium dalam negara berkurangan dengan banyak,’’ katanya..

Wai turut mengingatkan pelanggan supaya berhati-hati ketika membeli durian selepas ini kerana mereka boleh menjadi mangsa penipuan.

“Kualiti durian, sama ada bagus atau tidak sukar untuk dipastikan oleh pelanggan kerana tiada standard yang ditetapkan bagi memastikan penilaian dalam menentukan gred-gred durian di pasaran sekarang,’’ katanya.

11072024 - Tinjauan harga durian. FAIZ
Peminat Raja Buah ini juga diingatkan untuk lebih berhati-hati ketika membeli agar tidak mudah tertipu. – Faiz Mohamed/Scoop, 13 Julai, 2024

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Evon Chang berkata, meskipun bekalan durian segar akan dieksport ke China, namun untuk permintaan tempatan masih ada cuma jumlahnya akan berkurangan.

Pelanggan, katanya masih boleh mendapatkan bekalan untuk durian gred berkenaan tetapi terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi.

“Bukan peniaga yang menetapkan harga durian tetapi pekebun yang menentukan harga berdasarkan kualiti dan permintaan pasaran.

“Harga durian juga berbeza mengikut musim, jika sudah habis musim biasanya bekalan sedikit sahaja,’’ katanya.

11072024 - Tinjauan harga durian. FAIZ
Bagi Iqbal Mnur, harga Musang King dan Black Thorn memang mahal tetapi permintaan tidak pernah putus dan mereka sanggup membayar harga yang tinggi. – Faiz Mohamed/Scoop, 13 Julai, 2024

Bagi Iqbal Mnur, 24, pula, berdasarkan pemerhatiannya kebanyakan pelanggan sanggup membayar pada harga yang tinggi semata-mata untuk merasai durian gred premium.

“Harga Musang King dan Black Thorn memang mahal tetapi peminat tak pernah putus dan mereka sanggup membayar harga yang tinggi.

“Dua jenis durian ini lebih sedap kerana isi yang lemak manis serta teksturnya sangat halus,’’ katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan eksport durian segar ke China dapat dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.

11072024 - Tinjauan harga durian. FAIZ
Hanya ladang dan fasiliti pembungkusan durian yang memohon dan berdaftar dengan Jabatan Pertanian, mematuhi piawaian myGAO (Amalan Pertanian Baik) dan mendapat kelulusan daripada GACC dibenarkan mengeksport durian segar ke China. – Faiz Mohamed/Scoop, 13 Julai, 2024

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika berkata di Dewan Rakyat berkata, pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dijalankan pada 19 Jun lalu.

Jelasnya, hanya ladang dan fasiliti pembungkusan durian yang memohon dan berdaftar dengan Jabatan Pertanian, mematuhi piawaian myGAO (Amalan Pertanian Baik) dan mendapat kelulusan daripada GACC menerusi pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Protokol dibenarkan mengeksport durian segar ke China. – 13 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related