Pendedahan LKAN, PAC: SPRM rakam keterangan 10 individu dari HRD Corp, Kesuma

Fokus siasatan adalah tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula merakam keterangan 10 individu bagi membantu siasatan berkaitan isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Kesemua mereka hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 10 pagi tadi.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, mereka merupakan saksi-saksi daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim. – Gambar SPRM, 11 Julai, 2024

“Proses mengambil keterangan sepatutnya dibuat semalam tetapi ditangguhkan kepada hari ini,” katanya ringkas.

Kelmarin Scoop melaporkan, SPRM hadir ke ibu pejabat Kesuma di Putrajaya dan HRD Corp, Bukit Damansara untuk mendapatkan dokumen-dokumen untuk siasatan.

Fokus siasatan adalah tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

Sabtu lalu, SPRM telah mengenal pasti beberapa perkara yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak terlibat berkait isu membabitkan HRD Corp.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya.

Ia susulan syor Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan isu HRD Corp.

PAC mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Laporan PAC turut mendedahkan, panel pelaburan HRD Corp gagal melaporkan aktiviti pelaburan yang sepatutnya kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) atas justifikasi bahawa pengerusi panel pelaburan adalah pengerusi ALP.

Susulan itu, LKAN mengesyorkan Kesuma mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk ia kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

LKAN juga menggesa HRD Corp supaya mengkaji semula keperluan pindaan terhadap Perlembagaan Syarikat berkaitan pengurusan dan operasi syarikat agar selaras dengan peruntukan di bawah Akta PSMB 2001. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related