2 mayat wanita sudah kembung, busuk ditemui dalam kereta

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an mungkin meninggal dunia lebih lima hari lalu

8:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua mayat wanita ditemukan dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dekat Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam tadi.

Hasil pemeriksaan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Perda mendapati kedua-dua mayat itu yang berada di tempat duduk hadapan kereta jenis Honda WRV sudah kembung dan busuk.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an mungkin meninggal dunia lebih lima hari lalu.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Mohd Nor Azamuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.41 malam.

Katanya, sebaik tiba pasukan penyelamat berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.

“Sebaik pintu kereta dibuka, didapati terdapat dua orang mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Mayat kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related