Lelaki Pakistan miliki 2 isteri warga tempatan ditahan dalangi sindiket bekal, gaji pekerja asing

Semasa penggeledahan, pasukan operasi menjumpai 35 pasport Pakistan, dua pasport India dan masing-masing senaskhah pasport Bangladesh, Indonesia dan Myanmar

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Johor menumpaskan kegiatan membawa, membekalkan dan menggaji pekerja asing secara tidak teratur dan tanpa kebenaran yang didalang warga Pakistan di Johor Bahru pada Khamis lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, Unit Risikan Bahagian Penguatkuasa Negeri Johor menjalankan Ops Sita hasil risikan selama enam bulan setelah menerima aduan dari orang awam.

Menurut beliau, dalam operasi itu, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki warga Pakistan berusia antara 28 hingga 50 tahun.

“Suspek utama berusia 28 tahun mendakwa mempunyai dua isteri warga tempatan.

“Siasatan awal mendapati syarikat disita didaftarkan atas nama seorang wanita warga tempatan yang didakwa merupakan isteri kedua saspek dan syarikat tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh saspek utama.

“Kedua-dua lelaki warganegara Pakistan itu mengaku membayar sejumlah RM7,000 untuk memperolehi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan salah seorang pekerja turut mengaku suspek utama adalah majikannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semasa penggeledahan, pasukan operasi menjumpal 35 pasport Pakistan, dua pasport India dan masing-masing senaskah pasport Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

Katanya, beberapa fail bukti pembayaran gaji, tawaran kerja, perjanjian membekalkan pekerja dan rekod salinan pasport serta Pas Lawatan Kerja Sementara turut dijumpai.

“Suspek utama disiasat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966 (Akta 150) kerana tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri dan Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

“Dua lagi suspek warga Pakistan disiasat mengikut Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen kerana bersubahat. Jika disabit kesalahan ketiga-tiga suspek boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM 10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – 8 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related