Nadi bakal tingkatkan taraf hidup masyarakat setempat: MCMC

Program di Nadi telah disusun semula oleh MCMC bagi memperkasakan masyarakat selain memastikan capaian dan peluang sama rata

6:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang dilaksanakan melalui Komuniti Madani di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif itu akan turut memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat. 

“Program sedia ada di Nadi telah disusun semula oleh MCMC dan ia berpandukan kepada lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

“Penyusunan semula ini bagi memperkasakan masyarakat selain memastikan capaian dan peluang sama rata untuk memenuhi keperluan khusus masyarakat setempat,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, inisiatif itu juga sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi Nadi yang kini memfokuskan penyediaan capaian Internet secara kolektif, sebagai pusat penyebaran maklumat terkini dan tepat terutamanya bagi inisiatif kerajaan serta manfaatnya untuk rakyat.

“Setakat 30 Jun lepas, sebanyak 75 Nadi telah beroperasi di Perak dan empat daripadanya ialah Nadi baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 Nadi,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan inisiatif perkhidmatan pintar ini hasil daripada Persidangan Pusat Ekonomi Digital Madani yang dianjurkan pada 29 November 2023 dan merupakan perkhidmatan digital yang disediakan di semua Nadi seluruh negara.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Nadi di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di Ipoh, Perak, hari ini.

Pada majlis tersebut, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kebiasaannya inisiatif itu akan memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar tiga atau empat kilometer dari pusat fizikal selain terdapat penglibatan bersama Jabatan Penerangan dan Komuniti Madani. – 8 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

When a Minister walked out of a meeting –Terence Fernandez

Patriotism and professionalism go out the window when businessmen and CEOs hold Government to ransom

Mahu jadi ratu cerita komedi romantik macam Fazura dan Lisa Surihani, impian Siti Khadijah berlakon dalam karya Red Comm akhirnya tercapai

Siti Khadijah juga akui sudah bersedia menerima respon atau kritikan terhadap lakonannya sebagai Karma dalam From Saga With Love ini.

‘The Terminal’ in KLIA: Syrian refugee stranded for 2 months after being denied entry into Malaysia

KUALA LUMPUR – For the past two months, 33-year-old Syrian national Alassad Ahmad Aleoub has called Kuala Lumpur International Airport (KLIA) his home. Stranded after being denied entry into Malaysia and unable to...

Related