Askar hilang 19 hari di sempadan Malaysia-Brunei ditemui selamat

Syafiq ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi

3:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu, ditemui selamat hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Tentera Darat mengesahkan Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim ditemui pada jam 11.29 pagi tadi oleh kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) setelah 19 hari dilaporkan hilang.

Menurutnya, Syafiq ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

“Syafiq berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

“Sejurus ditemui, dia diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap terbabit memaklumkan keluarga Syafiq sudah dimaklumkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi panggilan telefon dan akan diterbangkan ke Sarawak dalam masa terdekat.

Katanya, semua perbelanjaan perjalanan akan ditanggung sepenuhnya oleh TDM.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi ini khususnya kepada kerajaan Sarawak, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), individu serta semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga Syafiq berjaya ditemui selamat.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atas bantuan dan sokongan diberikan sepanjang operasi SAR ini dijalankan. Kerjasama erat antara TDM dan ABDB dalam operasi ini membuktikan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, jurucakap terbabit memaklumkan TDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan sebagai penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Dengan penemuan Syafiq dalam keadaan selamat, maka operasi SAR ini ditamatkan,” katanya.

Terdahulu, Syafiq dari Batalion Ke-7 RS yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu dilaporkan hilang ketika melaksanakan Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di pedalaman Limbang pada 18 Jun lalu.

Berikutan itu, operasi SAR diaktifkan dengan menggunakan kaedah ‘air search dan ground search’.

Di sektor Brunei Darussalam, pihak ABDB turut melaksanakan pencarian di sekitar kawasan radius pencarian. – 6 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related