Pengeluar kopi jenama tempatan, Aik Cheong nafi eksport produk ke Israel

Sebagai pengilang minuman, syarikat tersebut mempunyai pelanggan di lebih 50 negara kecuali Israel

9:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengeluar kopi jenama tempatan, Aik Cheong menafikan syarikat itu mengeksport serbuk kopi segera Golden Eagle dan Cappuccino Coffee Drink ke Israel, sebaliknya jenama itu dimiliki sepenuhnya oleh pelanggan mereka di Rusia.

Dalam satu kenyataan, Aik Cheong berkata, ia adalah pengilang dan hanya mengeluarkan produk yang dieksport secara terus ke Rusia, bukan ke Israel.

Aik Cheong, katanya, sebagai pengilang minuman syarikat tersebut mempunyai pelanggan di lebih 50 negara kecuali Israel.

“Negara tersebut dan setiap pelanggan luar negara mempunyai kebebasan dan hak sepenuhnya untuk menjalankan perniagaan dengan negara yang dikenakan sekatan oleh Malaysia.

“Bagaimanapun kami telah mengingatkan pelanggan kami untuk tidak menjalankan perniagaan dengan negara yang dikenakan sekatan oleh Malaysia,’’ katanya dalam kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook.

Hantaran tersebut turut menggunakan tanda pagar Free Palestin, Jangan Boikot, Selidik Dulu dan Semak Sebelum Sedar.

Penjelasan itu susulan dakwaan data rasmi dari Israel menunjukkan puluhan pengeluaran produk makanan dari syarikat Malaysia diimport oleh syarikat Israel untuk pasaran tempatan di sana.

Produk itu dikatakan mendapat sijil kosher selepas 7 Oktober.

Mengulas mengenai sijil kosher, Aik Cheong berkata ia didaftar oleh pengedar kepada pelanggan Rusia tanpa dimaklumkan kepada pihaknya dan susulan itu Aik Cheong mengarahkan pelanggan Rusia untuk meminta pengedar mereka supaya sijil tersebut dibatalkan.

“Aik Cheong menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin dan menentang sekeras-kerasnya genosid.

“Kami akan memastikan perniagaan yang dijalankan untuk masa hadapan lebih berhati-hati dalam memilih pelanggan luar negara kami supaya ia selaras dan mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,’’ katanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related