DUN Selangor: Mengapa belum ada pendakwaan kes Faisal Halim, ‘kenapa berlaku dan siapa pelaku’

Malah, PDRM turut didesak menjalankan siasatan menyeluruh secara tegas dan profesional tanpa sebarang kompromi

6:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi maklum balas mengapa hingga hari ini, belum ada pendakwaan dibuat berhubung insiden ke atas pemain Selangor, Faisal Halim.

Beliau turut meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendesak PDRM untuk menjalankan siasatan menyeluruh secara tegas dan profesional tanpa sebarang kompromi.

Malah, Muhammad Hilman membuat desakan supaya PDRM memberikan maklum balas berhubung status siasatan kes itu kepada masyarakat.

“Pihak terlibat dengan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini wajib diheret ke mahkamah tanpa kompromi. Peristiwa ini sudah mencemarkan nama baik negara, menggugat keharmonian dan kesentosaan rakyat serta memberi kesan trauma, khususnya kepada mangsa serta keluarga.

“Seluruh Adun (PN) Perikatan Nasional mendukung sepenuhnya usul mengecam tindakan jenayah keganasan yang mengancam keselamatan dan nyawa atlet.

“Kejadian ini bukan sekadar isu jenayah keganasan, malah adalah isu kemanusiaan serta tragedi hitam buat industri sukan negara,” katanya.

Muhammad Hilman berkata demikian dalam perbahasan mengenai usul kecam keganasan terhadap atlet dibacakan Adun Seri Serdang, Abbas Salimmi Che Adzmi @ Azmi di bawah Peraturan Tetap 17 (1) di sidang DUN Selangor di Shah Alam hari ini.

Usul itu turut disokong Adun Balakong dari Pakatan Harapan (PH), Ong Chun Wei dan Adun Hulu Bernam (Perikatan Nasional), Mu’izzuddeen Mahyuddin.

Pada masa sama, Muhammad Hilman berkata, siasatan terperinci dan tindakan tegas harus dilakukan bagi mengelakkan kes keganasan terhadap atlet seperti itu berlarutan.

Tegasnya, beliau bimbang sekiranya insiden ke atas individu dikenali, seperti atlet boleh dilakukan tanpa rasa takut sehingga mengancam fizikal serta nyawa, apakah jaminan boleh diberikan kerajaan kepada rakyat umum.

Sekiranya kes terbabit berlarutan tanpa sebarang tindakan, katanya, masyarakat pasti bimbang dengan trend jenayah keganasan seperti itu yang membabitkan tokoh masyarakat.

Manakala, Abbas Salimmi berkata, jenayah keganasan terhadap atlet adalah isu sangat serius.

“Tiga, empat insiden yang berlaku sebelum ini, menggambarkan atlet kita dalam keadaan tidak selamat. Maka sudah tentulah kita sebagai Adun menyokong usul ini dan kita kecam tindakan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab kepada atlet di dalam negara serta Selangor. Kita tidak mahu ini berulang.

“Tidak boleh kita biarkan perkara ini terus berlaku, tidak boleh biarkan nasib pemain kita ini, atlet kita ini tidak terjamin, jasa mereka sangat besar dalam mengharumkan nama negeri dan negara,” katanya ketika berbahas.

Dalam perbahasannya, beliau turut menggesa PDRM menjelaskan kepada umum mengapa jenayah terbabit dilakukan dan siapa sanggup bertindak kejam seperti itu.

“Kita yakin dengan kredibiliti PDRM yang sangat efisien, jadi kita mohon segerakan siasatan dan dedahkan hasil siasatan itu kepada masyarakat supaya kita tahu kenapa ini dilakukan dan siapa pelakunya,” katanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related