Waspada kehadiran Petropoda berbahaya, jauhi aktiviti air di perairan Mersing

Organisma laut tersebut mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi aktiviti berkaitan air di perairan Mersing, Johor berikutan kehadiran gastropoda yang dikenalpasti sebagai Petropoda (Creseis acicula) sejak 11 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Nurhuda Ibrahim berkata, Petropoda adalah sejenis organisma laut berbahaya dan sengatannya boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Menurutnya, kehadiran Petropoda dikesan oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung pada 11 Jun lalu di kepulauan Mersing.

“Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika. Perubahan iklim, peningkatan suhu air, dan air ballast perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia.

“Moluska ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik.

“Kesan ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit manusia,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mereka yang terkena sengatan organisma laut itu dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dengan segera.

“Jabatan Perikanan (DOF) akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan menasihatkan orang ramai jauhi aktiviti berkaitan air buat masa ini,” katanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related