Muhyiddin dedah Noh sebelum ini banyak sertai program Bersatu, bantu kempen PN

Keputusan Noh menyertai Bersatu langkah tepat, menguatkan lagi parti itu menuju Pilihan Raya Umum Ke-16

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Tan Sri Noh Omar sememangnya kerap membabitkan diri dalam program Perikatan Nasional (PN), sebelum membuat keputusan menyertai parti berkenaan semalam.

Beliau berkata, Noh yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor turut membantu kempen pilihan raya gabungan itu.

Tidak melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Noh itu, Muhyiddin turut mengalu-alukan penyertaan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang terbabit ke Bersatu.

“Alhamdulillah, saya amat mengalu-alukan keputusan Noh untuk menyertai Bersatu. Noh sebelum ini banyak menyertai program Bersatu, malah sama-sama membantu parti ini dan PN dalam beberapa siri kempen pilihan raya negeri (PRN) serta pilihan raya kecil (PRK),” katanya menerusi kenyataan.

Muhyiddin juga melihat kesediaan Noh menyertai Bersatu secara rasmi sebagai langkah tepat, sekali gus membuka ruang kepada beliau untuk memberikan sumbangan lebih bermakna kepada parti berkenaan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan, Noh kerap membabitkan diri dalam program Perikatan Nasional sebelum membuat keputusan menyertai parti berkenaan semalam. – Gambar Scoop, 5 Julai, 2024

“Saya berdoa semoga hijrah beliau ke dalam wadah parti Bersatu akan meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada parti ini, selain memperkukuhkan saf perjuangan PN menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti, insya-Allah,” katanya.

Semalam, Noh yang juga mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang dan dipecat daripada Umno pada 2023 atas kesalahan melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), membuat pengumuman mengejutkan bahawa beliau menyertai Bersatu.

Noh berkata, beliau menyertai Bersatu menerusi permohonan dalam talian kelmarin dengan mengisi borang dan terus diterima.

Menurut Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, keputusan terbabit dibuat selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa Najib yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib yang juga Presiden Umno memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan, bagi memaksa penzahiran titah adendum dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 untuk membolehkannya menjalani tahanan di rumah. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related