Polis buru suspek pecah cermin enam buah kereta dekat LRT Awan Besar

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini

12:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan suspek yang bertindak memecahkan cermin enam buah kereta yang diiletakkan di tepi jalan kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil dekat sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Ravindar Singh Sarban Singh berkata, pihaknya telah menerima enam laporan berhubung kejadian pada Selasa lalu dan siasatan mendapati kesemua enam kereta itu telah diparkir oleh pemilik masing-maing bermula jam 3 petang, sehari sebelumnya.

“Beberapa bahagian cermin kereta telah dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan itu pada keesokan harinya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ravindar Singh berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil agar masyarakat sentiasa berada di dalam keadaan aman dan tenteram.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related