Umat Islam wajib sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan: JMNPk

RUU bukti kesungguhan kerajaan memperkemaskan tadbir urus hal ehwal Islam, terutama membabitkan isu Perkara 4 iaitu menakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada sudut akidah yang bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua umat Islam wajib memberikan sokongan terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) berkata, RUU berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memperkemaskan tadbir urus hal ehwal Islam terutamanya membabitkan isu pada Perkara 4.

Menurutnya, Perkara 4 menakrifkan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada sudut akidah yang bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

“Ia turut diberikan penekanan kepada Fiqh Mazhab Syafie dan meraikan tiga mazhab lain serta perkara yang berkaitan dengan ilmu tasawuf melalui Imam al-Ghazali dan Imam Junaid al-Baghdadi.

“Ianya perlu diperkasakan demi menjamin kesejahteraan umat Islam di bumi bertuah ini,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Susulan itu, katanya, JMNPk menyokong penuh pelaksanaan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.

Tambahnya, RUU itu perlu diperkasakan demi menjamin kesejahteraan umat Islam di negara ini.

“Maka seluruh umat Islam khususnya wajib memberikan sokongan kepada pelaksanaan ini,” katanya.

Pada Selasa lalu, tiga Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan hal ehwal Islam dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia turut membabitkan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 bertujuan mengadakan peruntukan mengenai mufti, penentuan mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related