MAHB perlu rakan kongsi kukuh, pakar untuk lakukan transformasi terhadap lapangan terbang negara

KLIA mungkin ketinggalan dengan lapangan terbang Singapura dan Thailand kerana kedua-dua lapangan terbang itu disokong oleh pelabur yang memiliki kewangan besar di belakang mereka

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) memerlukan rakan kongsi yang mempunyai kewangan kukuh dan kepakaran untuk mentransformasikan lapangan terbang negara, kata Felo di Majlis Profesor Negara, Profesor Azmi Hassan.

Justeru, beliau berkata, pemegang saham utama MAHB iaitu Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menawarkan pengambilalihan pegangan saham kepada syarikat-syarikat pelabur yang berminat.

“Tawaran (pengambilalihan saham) ini telah diberikan oleh KWSP dan Khazanah kepada banyak syarikat pelaburan lain tetapi hanya Global Infrastructure Partners (GIP) menerimanya…jika GIP ditolak maka MAHB mempunyai kekangan untuk menjadi lebih baik kerana kita memerlukan kepakaran dan kewangan dimiliki GIP.

“Adakah kita mahu melihat KLIA jauh ketinggalan dengan lapangan terbang seperti Changi Airport (di Singapura) ataupun lapangan terbang di Thailand kerana kedua-dua lapangan terbang ini melabur dengan banyak, mereka ada wang dan ada pelabur-pelabur di belakangnya (membantu),” katanya pada program Ruang Bicara bertajuk ‘MAHB Ke Arah Lebih Gemilang’ terbitan Bernama TV pada Rabu.

Azmi berkata, usaha bersama GIP untuk mentransformasi lapangan terbang negara itu tidak seharusnya dipolitikkan.

Penambahbaikan atau transformasi seluruh lapangan terbang Malaysia boleh direalisasikan menerusi tawaran berkenaan kerana transformasi lapangan terbang meibatkan kos perbelanjaan tinggi dan GIP mempunyai kepakaran tersendiri dan sumber kewangan yang kukuh bagi tujuan tersebut.

Menurut Felo di Majlis Profesor Negara, Profesor Azmi Hassan, KLIA mungkin ketinggalan dengan lapangan terbang Singapura dan Thailand kerana kedua-dua lapangan terbang itu mempunyai kemampuan kewangan besar hasil sokongan pelabur di belakang mereka. – Gambar Bernama, 5 Julai, 2024

Pada 15 Mei lepas, Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang sahamnya (Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki oleh Konsortium berkenaan pada harga tawaran sebanyak RM11 bagi setiap saham bersamaan dengan RM18.4 billion.

Konsortium itu diterajui oleh dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd (UEMG) dan KWSP.

Pemegang saham Konsortium berkenaan juga dianggotai oleh anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana diuruskan oleh GIP, antara pelabur infrastruktur terkemuka dunia dengan pengalaman memiliki serta menguruskan lapangan terbang.

Apabila urus niaga diterajui Konsortium tersebut selesai sepenuhnya, Khazanah dan KWSP akan meningkatkan pemilikannya secara kolektif dalam MAHB sebanyak 70%, manakala ADIA dan GIP akan memiliki baki 30%.

MAHB menguruskan 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia termasuk lima lapangan terbang antarabangsa, 17 lapangan terbang domestik dan 17 STOLports (lapangan terbang pelepasan dan pendaratan singkat) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen Istanbul di Turkiye.

GIP mempunyai pengalaman selama beberapa dekad dalam menguruskan dan menjalankan operasi lapangan terbang menerusi pelaburannya di Lapangan Terbang Sydney, Lapangan Terbang London Gatwick, Lapangan Terbang Edinburgh, Signature Aviation dan sebelum ini, Lapangan Terbang London City. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related