Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen: Fadillah

Mei lalu, Datuk Seri Fadillah Yusof dilapor berkata draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan

4:05 PM MYT

 

SERDANG — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada ahli Parlimen bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat itu, sebaliknya ia adalah untuk pembangunan kawasan berkenaan.

Beliau berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.

“Ahli Parlimen, peranannya ialah untuk koordinasikan peruntukan itu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Banci Pertanian 2024, di sini hari ini.

Mei lepas Fadillah dilapor berkata draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan, antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Sebaik sahaja draf terbabit siap, beliau berkata ia akan diserahkan kepada majlis tertinggi semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk diluluskan. – 4 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related