Pemandu Honda City larikan diri selepas rempuh empat kenderaan

Hasil pemeriksaan awal ke atas kereta suspek telah menemukan empat peket dadah jenis methamphetamine, tiga keping eremin 5, dua peket dadah jenis ketamin dan tujuh pil ekstasi

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Honda City yang bertindak melarikan diri selepas kereta dipandunya merempuh empat kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sunway Medical Centre, Cheras dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada jam 9.40 malam melibatkan empat kenderaan yang dirempuh dari arah belakang ketika sedang berhenti di persimpangan berkenaan.

Menurut beliau, kenderaan dipandu suspek telah melanggar Perodua Bezza dari sisi sebelah kanan, kemudian merempuh kereta Inokom Atos pada bahagian belakang selain kenderaan jenis Suzuki Swift dilanggar pada bahagian sisi kanan manakala sebuah lagi kereta iaitu Perodua Alza di bahagian sisi sebelah kiri.

“Setelah itu suspek memberhentikan kenderaannya di kawasan berhampiran lobi Sunway Medical Centre dan melarikan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi memberitahu, hasil pemeriksaan awal ke atas kereta suspek telah menemukan empat peket dadah jenis methamphetamine, tiga keping eremin 5, dua peket dadah jenis ketamin dan tujuh pil ekstasi.

Katanya, jumlah nilai rampasan adalah sebanyak RM10,577 dan polis turut merampas kenderaan milik suspek, tiga unit telefon bimbit dan dua kad akses kediaman.

Kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita sedang mengesan pemandu kenderaan yang merupakan suspek utama dalam kejadian ini. Kes masih dalam siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis memohon kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau Hotline Trafik KL di talian 03-20719999/ 03-20719777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – 4 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related