Alasan hubungan sulit tidak memadai untuk paksa remaja jalani ujian DNA: Mahkamah Persekutuan

Plaintif berkata, dia membayar nafkah RM1,000 kepada anak seorang wanita yang sudah berkahwin selepas wanita itu secara konsisten mengesahkan dia bapa kandungnya

11:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan memutuskan hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin bukan alasan yang memadai untuk menuntut ujian DNA dijalankan ke atas seorang anak, bagi melindungi keluarga terbabit.

Terdapat tanggapan di bawah Seksyen 112 Akta Keterangan 1950, bahawa bapa dalam perkahwinan yang sah adalah bapa kandung kepada anak yang dilahirkan semasa perkahwinan itu melainkan ‘kekurangan akses seksual’ boleh diwujudkan.

Keputusan ini dibuat ke atas kes seorang lelaki yang memohon perintah kehakiman bagi memaksa ujian paterniti dijalankan ke atas seorang remaja berusia 16 tahun bagi menentukan siapa bapanya, sebagai tambahan kepada perintah lain berkaitan dengan tanggungan dan akses.

“Kebimbangan defendan ialah jika ujian paterniti itu dilakukan menerusi DNA (jika diarahkan oleh mahkamah)…dia mungkin terdedah kepada kebencian dan penghinaan jika diketahui telah dilahirkan hasil kecurangan ibunya sekali gus adalah anak tidak sah taraf.

“Plaintif berhujah bahawa konsep paterniti dan legitimasi adalah berbeza dan status legitimasi itu tidak akan terjejas, walaupun jika paterniti ditentukan kerana Seksyen 211,’’ demikian pengakiman yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan.

“Meskipun plaintif memberitahu bahawa dia hanya mahu mencabar paterniti remaja berkenaan, namun mahkamah memutuskan terdapat kemungkinan anak itu akan dihina.

“Terdapat anggapan di bawah Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 bahawa bapa dalam perkahwinan yang sah adalah bapa kandung dan bapa sah remaja itu.

“Bapa kandung kepada seseorang tidak boleh secara automatik bermakna dia bapa kepada remaja yang diiktiraf bawah undang-undang,’’ demikian jelas Mahkamah Persekutuan.

Menurut penghakiman, satu-satunya cara plaintif boleh mencabar kebapaan secara sah adalah untuk membuktikan ‘tiada akses’ antara pihak dalam perkahwinan itu semasa anak itu dilahirkan.

“Tidak memadai untuk menyatakan dia pernah mempunyai hubungan sulit dengan defendan bagi menunjukkan dia adalah bapa kandung anak itu.

Pada 2021, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak kepada plaintif dan memerintahkan ujian DNA dilakukan ke atas remaja terbabit untuk menentukan paterniti.

Mahkamah Tinggi berkenaan memutuskan bahawa ia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah sedemikian demi kebaikan remaja terbabit.

Mahkamah Rayuan pada Mac 2023 mengekalkan keputusan itu dan ini menyebabkan pasangan suami isteri berkenaan membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Plaintif berkata, dia membayar nafkah RM1,000 kepada remaja itu sambil menambah wanita berkenaan secara konsisten mengesahkan dia adalah bapa kandung.

Di Mahkamah Persekutuan, rayuan itu didengar oleh Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan, dan Datuk Abu Bakar Jais. – 3 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related