Kilang disyaki proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan

Kegiatan itu dikesan JAS dalam Op Patuh yang dijalankan secara bersepadu bersama pihak polis dan Jabatan Imigresen bermula 11 pagi tadi

4:56 PM MYT

 

SUNGAI PETANI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan di satu kawasan perindustrian di sini hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kegiatan itu dikesan JAS dalam Op Patuh yang dijalankan secara bersepadu bersama pihak polis dan Jabatan Imigresen bermula 11 pagi tadi.

Beliau berkata dalam operasi itu, dua kilang didapati menjalankan pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual (e-sisa) tanpa kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) serta lesen daripada JAS dan melakukan aktiviti kitar semula plastik tanpa kelulusan EIA.

Beliau berkata satu daripada kilang terbabit dipercayai beroperasi secara haram dan menghasilkan pelet yang dibungkus dalam pek-pek yang dilabel sebagai makanan ikan.

“Hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 100 metrik tan yang telah selesai diproses sebagai pelet dan dibungkus dalam plastik bertulis makanan ikan air tawar,” katanya.

Nik Nazmi berkata demikian selepas menyertai operasi berkenaan menerusi Op Patuh Bersepadu Pemutihan Kawasan Pengoperasian Kitar Semula Secara Haram di kawasan perindustrian di sini hari ini.

Dalam serbuan di sebuah lagi kilang menemukan lebih 1,500 metrik tan bahan sisa elektronik dan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah diambil terhadap premis terbabit.

“Saya ingin menegaskan bahawa Op Patuh yang dilaksanakan pada hari ini sejajar dengan aspirasi untuk menjalankan pemutihan terhadap industri haram di Kedah.

“… ini bertujuan untuk mengawal aktiviti yang tidak mematuhi undang-undang serta merosakkan alam sekitar, merisikokan kesihatan masyarakat setempat dan menyebabkan ketirisan hasil negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sentiasa komited untuk memastikan semua industri yang beroperasi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 serta lain-lain perundangan yang berkaitan. – 3 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related