Macam tu aja… khabar angin, hanya Allah mengetahui isi hati Najib: Anak

Hakim Datuk Amarjeet Singh mendapati kedua-dua afidavit berkenaan adalah pada peringkat tertinggi (dalam kategori) dengar cakap

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak menzahirkan kekecewaan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung kewujudan Titah Adendum (perintah tambahan) Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Anak Najib, Nooryana Najwa berkata, hanya Allah SWT yang mengetahui isi hati bapanya ketika ini selepas Hakim, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan tersebut setelah mendapati semua afidavit difailkan adalah bersifat dengar cakap (khabar angin).

“Macam tu aja…. ‘hearsay’, khabar angin. Hanya Allah yang mengetahui isi hati DSN (Datuk Seri Najib) pada saat ini.

“Ya Allah berikan beliau kekuatan dan keberanian yang lebih dari sebelumnya untuk terus memperjuangkan keadilan dan mengatasi kekecewaan yang berterusan,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Awal hari ini, Amarjeet mendapati semua afidavit difailkan bagi menyokong permohonan Najib berhubung kewujudan Titah Adendum (perintah tambahan) Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah, termasuk oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah bersifat dengar cakap.

Amarjeet dalam penghakimannya, berkata beliau sudah menimbangkan semua afidavit dan mendapati afidavit Najib hanya mengandungi kenyataan kosong tanpa menyebut sumber dan kepercayaan beliau mengenai kewujudan titah itu.

Amarjeet berkata, beliau mendapati kedua-dua afidavit berkenaan adalah pada peringkat tertinggi (dalam kategori) dengar cakap.

Beliau berkata, Najib membuat kesimpulan bahawa peguamnya menulis kepada responden mengenai perkara sama tanpa menerima sebarang jawapan.

Katanya, dalam afidavit ketiga pula, Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengenai kewujudan Titah Adendum berkenaan.

Amarjeet berkata, penegasan Wan Rosdy pula dalam afidavitnya yang menyatakan bahawa sumber maklumat beliau mengenai perintah tambahan ialah Tengku Zafrul, juga bersifat dengar cakap.

Terdahulu, Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Beliau juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.

Dalam prosiding hari ini, Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi pihak responden. – 3 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related