Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah, mohon kes dibicarakan

Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut

10:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi.

Kedua-duanya yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz.

Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

Sejurus selepas pertuduhan dibacakan, Aliff yang juga bekas suami, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengaku tidak bersalah.

“Saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Ruhainies turut membuat pengakuan sama.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jawi untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.

Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.

Sumber dilapor berkata, tangkapan dibuat Jawi adalah berdasarkan maklumat awam.

Pasangan selebriti itu yang sebelum ini menjalani penggambaran sebuah drama bersama, dilapor ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan. – 3 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related