Awas kaki vape! Peraturan lebih ketat selepas Akta 852 dikuatkuasa bulan depan

Dzulkefly berkata, tiga peraturan sudah diluluskan oleh AGC dengan dua lagi peraturan dan satu perintah tambahan kini dalam proses kelulusan

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peraturan lebih ketat berhubung produk vape akan dikuatkuasakan bersama Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) mulai bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan Akta 852 dan Perintah 2b diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurutnya, antara peraturan yang termaktub mengikut akta itu termasuk pendaftaran, penjualan, pembungkusan dan pelabelan serta satu perintah berkaitan larangan merokok di tempat awam.

“Semua peraturan dan perintah ini akan dikuatkuasakan serentak dengan Akta 852 termasuk rokok elektronik.

“Tiga peraturan sudah diluluskan oleh AGC dengan dua lagi peraturan dan satu perintah tambahan kini dalam proses kelulusan.

“Peraturan dan perintah itu akan dikuatkuasakan bersama dengn Akta 852 pada Ogos 2024, apabila semuanya berada dalam keadaan teratur. Insya-Allah, dengan izin Allah tiada lagi kelewatan,” katanya menerusi ciapan di platform X, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak termasuk Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang mempersoalkan kelewatan penguatkuasaan Akta 852 yang masih lagi tertangguh pelaksanaannya.

Semalam, Presiden MPS, Amrahi Buang dilaporkan berkata, penguatkuasaan akta terbabit sepatutnya bermula awal Jun tetapi hingga kini masih belum dilaksanakan kerajaan.

Susulan itu, Amrahi mempersoalkan, apakah halangan sebenar penguatkuasaan akta terbabit, yang didakwa masih ‘tersangkut’ di pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, beliau memahami keresahan pelbagai pihak berhubung kelewatan pelaksanaan penguatkuasaan akta berkenaan.

“Saya benar-benar memahami keresahan (orang ramai) disebabkan kelewatan dalam pelaksanaan Akta 852 ini.

“Saya memohon empati anda bahawa KKM sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pengesahan AGC berhubung kelulusan peraturan dan perintah ini,” katanya. – 1 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related