Kementerian Pengangkutan, JPJ tambah baik permit kemasukan kenderaan asing

Ia bertujuan meminimumkan keperluan berurus secara e-mel atau di kaunter

2:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan beberapa penambahbaikan utama kepada sistem dan proses pendaftaran Vehicle Entry Permit (VEP) atau permit kemasukan kenderaan asing ke negara ini bagi meminimumkan keperluan berurus secara e-mel atau di kaunter.

Menterinya, Anthony Loke berkata, antara penambahbaikan itu adalah pembatalan pendaftaran atau deregistration VEP boleh dibuat secara dalam talian termasuk untuk kenderaan yang telah bertukar milik.

Menurut beliau, ia merupakan perkara yang paling banyak respons daripada pemilik-pemilik kenderaan di Singapura khususnya mereka yang telah menukar milik kenderaan.

“Ini membuatkan mereka perlu membawa dokumen ke kaunter dan sebagainya, jadi sekarang ini kita menambah baik, mereka hanya perlu e-mel kepada kita untuk buat pertukaran itu secara dalam talian.

“Selain itu, VEP yang telah tamat tempoh iaitu mencapai lima tahun dari tarikh pendaftaran akan dibatalkan secara automatik,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau memberitahu, kerajaan juga membuat penambahbaikan dengan pembaharuan VEP boleh dibuat secara dalam talian tanpa perlu menunggu tag VEP sedia ada temat tempoh.

Malah katanya, notifikasi akan dihantar kepada pemilik kenderaan sebanyak tiga kali sebelum tarikh tamat tempoh VEP iaitu 60, 30 dan 10 hari.

“Fungsi-fungsi baharu ini telah dilaksanakan dalam portal VEP mulai 28 Jun lalu dan akan meminimumkan keperluan untuk berurus secara e-mel atau di kaunter. 

“Bagi menambah baik pengalaman pelanggan, jumlah anggota untuk mengurus pertanyaan e-mel telah ditambah dari lima kepada 15 orang, juga pertambahan staf dari tujuh kepada 12 orang di VEP Collection Centre (VCC).

“Ini akan bantu mempercepat proses menjawab sebarang pertanyaan melalui e-mel ataupun di kaunter yang telah meningkat berlipat ganda sejak pengumuman penguatkuasaan,” katanya.

Anthony Loke berkata, menghala ke hadapan, lebih banyak penambahbaikan akan dilaksanakan termasuk pengenalan Open Toll Payment System (OPS) yang akan membolehkan pengunaan kad kredit dan debit sebagai pilihan tambahan kepada Touch N’ Go untuk pembayaran Road Charge (RC).

Katanya, fungsi OPS akan boleh digunakan mulai 1 Ogos ini namun pengguna boleh memuat turun aplikasi MDGS melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menyesuaikan dan memahami fungsi aplikasi tersebut.

“Sejak pengumuman penguatkuasaan dibuat, sejumah 23,649 permohonan telah diterima antara 28 Mei sehingga 29 Jun lalu, melebihi permohonan sebanyak 15,424 untuk keseluruhan tahun lalu.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 6,120 tag VEP telah dikeluarkan kepada pemohon manakala sebanyak 1,080 tag VEP telah diaktifkan. Permohonan untuk mendapatkan VEP masih boleh dibuat selepas tarikh penguatkuasaan pada 1 Oktober 2024,” katanya. – 1 Julai, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related