Tiada keputusan kenaikan harga gula: Fuziah

Spekulasi kenaikan itu dibangkitkan pada April lalu apabila dua syarikat pengeluar gula utama memohon kenaikan harga

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum menetapkan sebarang keputusan mengenai kenaikan harga gula, seperti spekulasi ditimbulkan segelintir pihak kononnya peningkatan itu bakal berlaku.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Fuziah Salleh berkata, perkara terbabit hanya dakwaan.

Katanya, spekulasi kenaikan itu dibangkitkan pada April lalu apabila dua syarikat pengeluar gula utama, memohon kenaikan harga.

“Ya, betul setakat ini Kabinet tidak membuat sebarang keputusan mengenainya (kenaikan harga gula),” katanya ketika dihubungi Scoop.

Bagaimanapun, Fuziah berkata, beliau sudah berulang kali memperkatakan mengenai spekulasi itu, termasuk menjawab persoalan dibangkitkan di Parlimen.

Terdahulu, beliau memaklumkan, dua syarikat berkenaan, iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) mengadu mengenai kerugian ditanggung.

Malah, katanya, syarikat itu memaklumkan bagi setiap kilogram (kg) gula dihasilkan, kerugian dialami adalah 88 sen.

“Oleh itu, mereka mohon untuk menaikkan harga. Tetapi apa yang kerajaan buat, kita beri insentif kepada dua syarikat ini sebanyak RM42 juta setiap bulan untuk stabilkan bekalannya.

“Kita tidak mahu mereka mengalami kerugian besar sehingga mereka berhenti mengeluarkan gula. Jadi, kami memberi mereka insentif untuk terus menghasilkan gula biarpun mereka mengalami kerugian,” katanya.

Pada tahun lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan harga gula tidak akan dinaikkan begitu sahaja dan bekalannya akan kekal mencukupi di pasaran, di sebalik kenaikan harga gula dunia dan gas asli.

Beberapa pertemuan juga sudah diadakan pihak kementerian dengan dua pengilang gula terbesar negara, CSR) dan MSM.

Media melaporkan, pada awal tahun ini, MSM mencadangkan kerajaan menaikkan harga RM2.85 sekilogram untuk gula peket kasar kepada RM3.85 sekilogram selaras dengan kos pengeluaran semakin meningkat.

Syarikat itu berkata, syarikat berkenaan beroperasi dalam kerugian apabila harga jualan gula tidak munasabah mengikut kos operasi. – 30 Jun, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related