Muhyiddin mahu penjelasan ‘betulkah penyasaran subsidi ada kaitan dengan IMF?’

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak menuduh kerajaan akan meminjam dengan IMF namun mahukan jawapan mengenainya

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan sama ada langkah penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan mempunyai kaitan dengan tuntutan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri turut bertanya sama ada trend penyasaran subsidi itu merupakan langkah kerajaan Malaysia untuk meminjam dengan IMF yang meletakkan syarat subsidi perlu dihapuskan.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak menuduh kerajaan akan meminjam dengan IMF namun mahukan jawapan mengenainya.

“Saya lihat kecenderungan kemungkinan ada pihak kata (penyasaran subsidi diesel) sebab nak hapuskan subsidi dan ada kaitan dengan IMF.

“Ini saya tak tuduh, tak betul tak apa. Saya nak tahu jawapannya kerana saya melihat kecenderungan ke arah itu,’’ soalnya.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) PRK Sungai Bakap, malam tadi.

Dalam ceramah berkenaan, Muhyiddin turut memberitahu, beliau dan Perdana Menteri terdahulu tidak mengambil tindakan penyelarasan subsidi kerana bimbang akan berlaku kenaikan harga barang-barang lain secara mendadak.

“Saya dan Perdana Menteri yang dulu dikatakan tidak berani buat macam ini (penyasaran subsidi).

“Bukan kita tak tahu bahawa negara menanggung beban subsidi yang besar tetapi apabila tindakan begini dilaksanakan ia seperti tersentap (terkejut). Kenaikan 55% dalam masa yang singkat akan menyebabkan kesan kenaikan banyak harga bahan lain.

“Walaupun menteri kata barang tak naik, kalau minyak kenderaan naik, peniaga terpaksa menanggung kos dan harga jualan akan meningkat,’’ katanya.

Muhyiddin turut menyentuh mengenai dakwaan bahawa harga gula pasir tidak akan dikawal dan akan diapungkan oleh kerajaan.

“Kita dah dengar harga cerita tentang gula pasir akan diapungkan oleh kerajaan. Tapi yang ni mungkin saya setuju sikit sebab gula yang banyak akan sebabkan kencing manis.

“Tapi jika gula naik, kuih-muih dan minuman juga akan naik? Ada jaminankah barang makanan tidak akan naik nanti?’’ soalnya.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dengan calon PN, Abidin Ismail.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – 29 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related