Cadangan nanas diiktiraf buah kebangsaan tepat, ‘ia tanaman berkualiti tinggi, membanggakan negara’

Namun, pakar bidang berpendapat, persiapan rapi harus dilaksanakan sekiranya cadangan itu dilaksanakan, termasuk dari segi RnD, pemprosesan dan pengeluaran

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk menjadikan nanas sebagai buah kebangsaan, dianggap tepat dan digalakkan kerana tanaman itu memiliki nilai cukup besar serta ‘membanggakan negara’.

Bercakap kepada Scoop, Felo Perunding, Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Institut Pertanian Tropika serta Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datin Fatimah Mohamed Arshad berkata, nanas juga sangat sesuai ‘dilantik’ sebagai buah kebangsaan kerana struktur dan kandungannya berkualiti tinggi.

Namun, katanya, sekiranya mahu dilaksanakan, sokongan serta persediaan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu, termasuk dari segi penyelidikan dan pembangunan (RnD) serta pemprosesan.

Profesor Datin Fatimah Mohamed Arshad berkata, nanas sangat sesuai ‘dilantik’ sebagai buah kebangsaan kerana struktur dan kandungannya berkualiti tinggi – Gambar laman web UPM, 29 Jun, 2024

“Sesuai cadangan ini sebab nanas kita (Malaysia) pun yang paling kuning dalam dunia, sampai orang luar kata ‘eh Malaysia letak warna ke padahal kita punya warna asli.

“Nanas kita juga paling ‘juicy’ (berjus) dan manis, jadi saya setuju dengan cadangan ini, tetapi kena beri sokongan penuhlah dari semua segi.

“Nanas ini banyak kegunaan dan bernilai komersial tinggi, bukan setakat minum tetapi ia punya kulit contohnya, boleh buat macam-macam, seperti di negara jiran dibuat kain,” katanya.

Fatimah berkata, cadangan itu sekiranya dilaksanakan adalah usaha bagus untuk memberi insentif kepada pengeluar atau petani nanas untuk menanam buah berkenaan.

“Pastikan harga berpatutan dan masalah penghantaran diatasi…kadang-kadang berlaku lambakan, malah petani perlukan lebih banyak aplikasi, alat atau gajet bagi mengurangkan sesuatu masalah dalam menanamnya.

“Kita kena ada agenda supaya proses meluaskan pengeluaran nanas ini dapat dijalankan dengan cekap dan kita mahu bukan sahaja imej terserlah, sebaliknya ekosistem tu kena disokong sebaiknya,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan nanas sebagai buah kebangsaan, namun ia masih dalam perancangan di peringkat awal dan akan diangkat kepada peringkat lebih tinggi, termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kabinet.

Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, nanas yang mempunyai karakter sifar sisa mampu membantu mengeluarkan pekebun kecil daripada kadar kemiskinan – Gambar Facebook Sheikh Omar Ali, 29 Jun, 2024

Menurutnya, nanas bukan saja membantu mengeluarkan pekebun kecil daripada kadar kemiskinan, malah boleh membantu meningkatkan hasil pendapatan ekonomi negara.

Nanas juga, katanya, mempunyai karakter sifar sisa, malah nilai ‘crown’ dan gabungan mata nanas menunjukkan kesepaduan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian, Unit Tanaman Nanas Pusat Pertanian Putra (PPP) UPM, Mohamad Imran Omar ketika dihubungi Scoop, turut senada bahawa cadangan itu sememangnya baik kerana ciri-ciri menarik dan berkualiti dimiliki nanas.

Menurutnya, nanas mempunyai kepelbagaian varieti, antaranya MD2 yang ditanam pihaknya, dengan setiap varieti itu mempunyai rasa atau struktur berbeza, seperti ada memiliki kadar serat tinggi dan sebahagiannya rendah.

“Saya setuju cadangan mengkormesialkan nanas sebagai buah kebangsaan sebab ia juga mempunyai nilai tambah seperti enzim bromolin, serta kaya dengan vitamin baik untuk kesihatan badan.

“Kandungan nanas ini baik untuk nilai tambah badan kita, kalau nak perkenalkan sebagai buah negara pun memang niat bagus,” katanya.

Namun, Mohamad Imran berkata, kaedah untuk menjayakan cadangan itu perlu dibuat secara berkesan, termasuk varieti nanas apa ingin dibawa ke ‘pentas antarabangsa’ untuk diiktiraf.

Penolong Pegawai Pertanian, Unit Tanaman Nanas Pusat Pertanian Putra (PPP) UPM, Mohamad Imran Omar. – Gambar Facebook, 29 Jun, 2024

“Kita boleh eksport buah nanas kita tetapi pastikan pasaran tempatan kita mencukupi dahulu dan tidak mengganggu pasaran eksport, dengan mengambil kira standard yang mudah diikuti, prasarana serta logistik mantap.

“Contoh nanas ni sendiri kita tak ada pusat pengumpulan yang sepatutnya disediakan, bukan sahaja bagi memudahkan pengeluar seperti pihak saya memasarkan hasilnya, tetapi pusat ini boleh bertindak sebagai badan untuk mengatur pengeluaran nanas,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Imran berkata, kerajaan bukan sahaja perlu memastikan hasil pengeluaran nanas negara mencukupi untuk menampung keperluan pasaran tempatan serta luar negara, malah meletakkan harga rendah bagi memastikan penat lelah petani menanam nanas dalam tempoh 12 hingga 15 bulan bagi setiap penanaman, berbaloi dan ‘balik modal’.

“Jadi kena bantu petani tempatan untuk mengeluarkan hasil lebih baik, lebih banyak, baru eksport, kita juga kena adakan prasarana, macam logistik, mantapkan semua aspek, baru kita boleh uar-uarkan nanas sebagai buah kebangsaan.

“Apapun, kalau kerajaan Malaysia nak meletakkan nanas ini sebagai buah Malaysia, boleh sahaja dan memang sangat digalakkanlah, ‘tidak akan memalukan negara,” katanya. – 29 Jun, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related