KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Neelofa dikecam ramai apabila menggunakan imej berbaur lucah atau ‘soft porn’ bagi mempromosikan produk kesihatan wanita di akaun Instagram produk tersebut.
Rata-rata netizen mempersoalkan penggunaan foto pada iklan berkenaan yang didakwa kurang sesuai serta tidak menjaga sensitiviti masyarakat yang menganggap isu bahagian alat sulit sebagai tabu dan tidak manis dibicarakan secara terbuka.
Lebih memeranjatkan, iklan tersebut juga tidak sesuai dan selari dengan imej berpudah usahawan tersebut.
“Neelofa kenapa jijik sangat iklan produk awak,” kata @onelittledrop.
“Terkejutnya produk ini datang daripada Neelofa. Tak sesuai langsung dengan imej dia berpurdah. Plus makin lama, makin gedik je content (kandungan) dia,” kata @diaryofae.
“Neelofa dengan taktik marketing (pemasaran) penuh kontroversi ini dah menjadi benda biasa bagi dia. Takkan tak ingat dia promote (promosi) tudung dekat Zouk,” kata @nikuvekuniaki.
Tinjauan Scoop mendapati, antara foto yang mendapat kritikan ramai ialah penggunaan buah peach yang dipercayai menggambarkan vagina selain tembikai dan tomato sebagai payudara.
Dalam pada itu, netizen turut menyerang Instagram milik Neelofa dan suaminya, Haris Ismail untuk mendapatkan penjelasan mereka.
Bagaimanapun, sehingga kini usahawan tersebut masih berdiam diri mengenai isu berkenaan.
Untuk rekod, Neelofa melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri yang dikenali sebagai Isterix itu pada September tahun lalu. – 28 Jun, 2024