Harap pengosongan kerusi DUN Nenggiri diikuti kerusi Parlimen Gua Musang: Mohd Amar

Peruntukan yang digunakan iaitu fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Perlembagaan

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berharap keputusan penggosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diikuti kerusi Parlimen Gua Musang yang membabitkan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berkata, ini kerana peruntukan yang digunakan iaitu fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Perlembagaan.

“Kita berharap keputusan di Kelantan yang mengosongkan kerusi (DUN) itu akan diikuti Parlimen (Gua Musang) sebab peruntukan yang ada di negeri ini sama saja dengan Persekutuan.

“Kita membuat pindaan betul-betul mengikut Parlimen… perkataan demi perkataan, kita tidak ubah pun. Justeru kalau di Kelantan gugur, sepatutnya di Parlimen (juga perlu) menurut Perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di Medan Ilmu, Kota Bharu, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara yang difailkan Azizi untuk menghentikan pilihan raya kecil DUN itu daripada diadakan sehingga saman pemulanya diputuskan.

Peguam, Chetan Jethwani, yang mewakili Bersatu berkata, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain, membuat keputusan itu selepas memutuskan tiada kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kerana Azizi boleh menyertai pilihan raya kecil itu.

Mengulas mengenai keputusan itu, Mohd Amar berkata, keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Azizi adalah selaras dengan Perlembagaan.

Katanya, ini kerana apabila berlaku pengosongan kerusi sesebuah kawasan, maka pilihan raya perlu diadakan dan proses itu tidak sepatutnya dihalang.

“Kita amat bersetuju dengan keputusan mahkamah itu kerana proses pilihan raya semula ditentukan oleh Perlembagaan, justeru ia tidak sepatutnya dihalang… atau (jika) dia (Azizi) hendak bicara (di mahkamah), itu kemudian.

“Kita berharap pilihan raya dapat dilaksanakan mengikut Perlembagaan. Dalam Perlembagaan sudah disebut dengan jelas bahawa apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, jentera PAS sudah bersiap sedia menghadapi PRK DUN Nenggiri sebaik sahaja timbul isu berkaitan keahlian Azizi dalam Bersatu.

“Persiapan PAS seperti biasa. Apabila isu ini berlaku dan Bersatu pun meminda Perlembagaan parti, kita sudah menjangkakan PRK berlangsung.

“Maka dari situ, kita mula bergerak mempersiapkan jentera, turun mendapatkan maklumat dan sebagainya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu, menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Bersatu mengenai keahlian Azizi yang hilang daripada Bersatu. – 28 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related