3 cedera, helikopter Tentera Darat lakukan pendaratan kecemasan

Semua kru yang terdiri jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang kru kuatermaster berada dalam keadaan sedar dan stabil

11:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter M81-11 (Agusta A109 LOH) terpaksa melakukan pendaratan cemas semasa sesi latihan penerbangan malam di Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, semua kru yang terdiri daripada jurulatih helikopter, penuntut kursus dan kru kuatermaster itu berada dalam keadaan sedar dan stabil, dalam kejadian pada jam 1.35 pagi tadi.

“Pemeriksaan awal perubatan mengenal pasti beberapa kecederaan seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian badan serta lain-lain kecederaan yang masih belum dikenal pasti. mereka dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“TDM mengesahkan sebuah Pesawat M81-11 (Agusta L109H) itu melakukan pendaratan kecemasan semasa sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang, Johor pada jam 1.35 pagi hari ini,’’ katanya.

Susulan kejadian itu, TDM berkata, tindakan Henti Terbang Sementara (temporary grounded) dilaksanakan bagi membolehkan retifikasi dan one-time inspection dilakukan.

Ia bagi mengembalikan status terbang pesawat dengan segera dan pada masa sama Lembaga Siasatan akan bersidang bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TDM juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan agar kesemua anak kapal diberikan kesembuhan,’’ katanya. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related